Sunday, August 29, 2010

Peristiwa berdarah 1

Peristiwa berdarah ni aku mau cerita dari awal pasal sakit batuk berdarah ku yang aku kena masa bulan 4 tu ari...panjang ni, jd klu xmau boring, play la lagu dibawah ni, lagu tema masa aku sakit hari tu...hehe


07.04.2010(rabu)
hari ni macam biasa, bagun awal(sebenarnya lambat sudah) tuk g kelas, kelas 8.30a.m, 8.30 jugak baru bangun untuk acara mandi bergilir2 dengan 5 org housemate lain merangkap classmate jugak untuk bersap mau g kelas. xda yang ganjil, suma cam biasa. g kelas, lect dtg lambat, sempat lg berposing dlm kelas bab mmber ambil gambar. last2 lect masuk, kejap jak, pastu dia g meeting, kami pun balik, sblom balik umah, g sarapan dulu, sampai umah, trus sambung tido balik...dpendekkan cerita yg dah panjang ni, malam pun tiba...pagi nnt ada match bola, liga2 juara eropah, MAN.U vs Bayern Munich.jam 2.45a.m.

08.04.2010(khamis)
Awal pagi, jam 1.00-1.30a.m sudah tiba d kedai mamak(india muslim) mau tgok bola la ni jam 2.45a.m start. masa ni pun xda rasa apa2, macam biasa, macha(mamak yg ambik oder) datg, "kasi bandung cincau satu, n roti nan berserta ayam tanduri satu"..pergh!!bleh tahan, makan ayam tamduri, biasa la, PAMA baru jak krim duit, kaya la..hehehe..pas game abis, keputusan sngat mengembirakan, MAN.U kalah, hahahahahaha, sukanya hati(masa ni xtau lg, BARCELONA pun kalah minggu depannya).

setibanya drumah, dalam jam 5.00a.m gtu, baru la terasa cam pelik jak tekat, aku ingat sebab aku makan ayam tanduri sblom tu...n masa aku batuk, aku rasa dlam mulut ku ada benda cair, ingatkan kahak, sekalinya aku meludah, cecair warna merah, xmacam kahak, mmg darah betul, aku pun tersezut(terkejut) gak, pastu aku batuk dan batuk lg, dan darah pun kuar lagi dan lagi masa tu..pergh!!member umah suma pun tersezut gak, n dorg ajak g hospital, 1st tu aku xmau la g, tp xberhenti2 lak batuk n berdarah tu. jadi, g la hospital.

dal jam 6.00a.m sampai hospital, punya la lama mnunggu masa tu, dalam 7.30a.m baru la dapt jumpa doktor, doktor tu ckp, xda pa pa, dia bagi ubat cam penadol 1, ubat tuk cair kan kahak(sebenarnya manada kahak,bodoh tul doktor tu) n ubat batuk 1 botol...balik n aku pun makan la ubat cam yg dsuruh.

pagi tu, dalam jam 8.30-9.00a.m, g kelas, aku rasa cam biasa jak, dalam kepala fikir "ubat tu berkesan la", tp.....jeng jeng jeng, malam tu, aku batuk lagi, n darah pun kuar lagi dan lagi, lebih banyak darah kuar dari yg sblom ni..pergh!! aku ingat aku mau mati dah masa tu. dan masa tu jugak la, aku dah start xbleh terima makann. asalakan aku makan jak, mesti akan kuar balik apa yg aku makan tu..

09.04.2010(jumaat)
Pagi tu xda kelas, jumaat mmg xda kelas, jd lepak umah jak, kelaparan, klu makan, kuar balik, tp aku paksa gak, walaupun aku tau, mesti kuar balik..tgah ahari tu, membar ajak balik kg nya, mau try ubat cara kg..dia ckp, ada ustad pandai ubat sakit2 gni...mlam pas magrib, kami pun gerak la g kg mmber tu, felda besouth, perak. dalam 2jam la perjalanan dari s.alam. sampai umah mmber tu, ayah dia ckp, ustad tu xda, kena tunggu esok. jadi nak xnak, aku kena bermalam la d umah mmber tu..nasib bek la mak ayah mmber tu baik hati, masa aku d rumah tu, dorg la yg jaga aku.

10.04.2010(sabtu)
Tgh Hari. Lepas jumpa ustaz tu, ustaz tu bg air penawar. dia suh minum. jadi pas tu kami pun balik s.alam. dan sepanjang masa tu jugak la aku batuk berdarah tu, makan xbleh, badan mmg lemah. Petang tu, abg sepupu yg tinggal d subang tau aku sakit, dia pun datang ambik aku, n bawak aku p rumahnya, n dia pun ikhtiar cari org yg bleh rawat aku.mas ni, aku ingat umur ku xpanjang dah, bab banyak dah darah yg kuar, tp xda pun makanan yg masuk. malam tu aku tido drumah abg tu.

11.04.2010
Dah puas abg ku cari org yg bleh tolong rawat aku, tp xdapt, n masa tu mak bapak ku risau dah d kg. masa tu mak ku risau dah, balik2 tepon tnya perkembangan. n dia ckp dia mau datg s.alam jumpa aku n jaga aku. aku ckp xpayah la dtg, baba klu beli tiket n terbang dlm masa terdekat, koferm mahal, tp amk ku mau dtg jugak, jd aku ckp, klu ada duit, biar aku la yg balik tawau, dalam kepala "klu jadi apa-apa ngan aku pasni, sekurang2nya aku sudah jumpa family ku". dan masa tu trus mak ku belikan aku tiket balik tawau.

12.04.2010
Flight ku jam 2.30p.m, sampai jak d airport, aku terus g tandas, batuk berdarah lg. pas dari tu, g la chek in. dah masuk kapal, n kapal pun dah terbang, sekali lg, aku batuk berdarah. punya lama aku dalam tandas masa tu, sampai 4-5 kali org ketuk pintu tandas tu.

sampai jak d airport tawau, mak, bapak, n adik2 ku tnggu dah d luar. punya la gembira, lupa dah yg aku balik sebab aku sakit. sampai drumah, adik beradik yg len pun tunggu aku. masa tu, mmg aku lupa dah yg aku sakit, becerita n beketawa2 ngan adik2 ku yg lain..

tp xlama, malam jak, aku dah start batuk lagi, dan berdarah lagi. masa tu, yang aku xboleh tahan, mak ku menangis2 tengok aku, dia xbleh tgok darah, jd, ayah ku yang datg peluk aku masa tu. pas jak aku berenti batuk, mak ku pun datang sama aku, dia peluk aku, menangis2, masa tu aku pun takut gak, klu2 umur xpanjang, xdapt la aku tunaikan apa yg aku janji sama diri ku sendiri tuk balas jasa mak bapak, n jaga adik2 ku.

AlhamduliLLAH, sekarang ni, hari ni, aku dah sihat cam biasa, tp aku masi lg kena makan ubat yg hospital bagi, tiap2 minggu kena g ambik ubat d hospital. ada lagi cerita peristiwa berdarah ni, masa aku masuk hospital. tp dalam post yg seterusnya aku cerita.

No comments: