Tuesday, August 31, 2010

Peristiwa berdarah 2.

salam merdeka, tadi g la berjalan ngan member rumah, atas dasar semangat kemerdekaan, kuar la jugak sebagai bukti, daripada duduk jak di rumah xda perasaan...mau jalan ngan awek tengok bunga api, awek la plak xda, klu ada pun, jauh la plak teetttttttt!!!..

ops!!!lari tajuk sudah ni, len kali baru cerita pasal awek ya, sebenarnya mau crita pasal sambungan peristiwa berdarah sblom ni. antara aku dengan hospital. camana aku masuk hospital. ok, mainkan dulu lagu dbawah ni.


Masa aku dah sampai tawau, perut ku masi lagi xdapt terima makann, masi jugak makan, dan kuarkan balik makann tu. jadi, sebelum g hospital, mak bapak ku bawak aku g jumpa ngan sorg nenek ni, xjauh dari rumah ku. masa tu kami g malam. nek tu ckp, keadaan ku masa tu teruk dah, perut dah naik sedikit dari kedudukan sebenar, kena urut tuk kasi balik d tempatnya.

besoknya kami datg lg umah nenek tu tuk mula berurut, perhggg!!! punya la sakit masa kena urut tu, mngalir air mata ku menahan kesakitan, tp sebab mau baik balik, terpaksa gak la tahan. 3hari nenek tu urut, sampai la kedudukan perut ku balik macam sedia kala. dan akhirnya aku bleh makan dah mcm biasa.

tapi, batuk berdarah ku masi macam biasa, sampai 1 hari tu, mak ku xtahan dah tengok aku selalu batuk berdarah, mak ku bawak la aku g hospital, g wad kecemasan, masuk dalam bilik tu jumpa ngan sorg doktor ni, muda lagi, lelaki, lewat 20-an. dia suh aku duduk, n dia bediri, dia g ambik mask(penutup mulut dan hidung tu), ok la g la, tp bleh lak dia berenti, pastu borak ngan kawannya, ketawa2 plak tu, yg xtahan, dia dah duduk balik, hpnya bunyi, ada msj masuk, dia buka hp, n senyum2 pastu bleh balas lak msj tu, panas tul la. aku pun apa lg, sound la doktor tu,balas SMS ka?, A'ah, napa?, bloleh plak doktor tu tnya gitu, aku pun balas la balik, "Ai, ni kan wad kecemasan". Doktor tu pun diam, n mula la buat kerjanya. tanya itu ini, n suh aku g X-ray. dan ambik darah.

Lepas dari X-ray, dia cakap xda apa, dia bagi resit ubat, n dia ckp bleh balik.minggu depan datg balik, tgok keputusan camana. pas ambik ubat, dapt ubat yg lebih kurang cam aku dapat masa g hospital d s.alam hari tu. kecuali xda ubat batuk, pelik betul, terang2 aku batuk, dia xbagi plak ubat batuk. mungkin doktor tu ingat aku ni penagih kali, bab masa tu aku berambut panjang, pakai baju buruk, seluar pun sama jugak, pendek plak tu(tp yg 3rd quarter tu, seluar futsal). bab tu la dia ingat aku ni penagih, kurang ajar tul doktor tu. tp xpa la, aku peduli apa. yang penting aku puas hati, dah sound doktor xda tauliah tu. **DOH punya doktor!!!

lepas seminggu, aku balik la g hospital, pastu tanya la pasal keputusan yang d janjikan, sekalinya, dorg kat ctu ckp, laporan ku xda, n aku kena wat sekali lagi..pergh!!! panas tul aku masa tu. xda kekuatan tuk wat pa pa, masa tu mmg aku dah lemah betul sudah, hampir 2minggu darah keluar. badan pun pucat sudah, tabah jugak la, wat lagi sekali ujian darah n X-ray.

masa tunggu giliran tuk ambil darah darah tu, aku terfikir pasal final ku n Majlis anugerah Cinemini. masa tu, aku dah konferm xkan dapt terlibat tuk final, n cinemini tu. mengalir air mata jugak la air mata masa tu, xsangka betul aku terlepas benda2 tu.

Lepas dah ambil darah, n X-ray, Doktor ckp, aku kena tahan dalam wad dulu tuk pemerhatian. hari tu jugak aku terus masuk wad. dari jam 9.00a.m aku dihospital tu, sampai la jam 2.30 baru masuk wad, nasib baik aku xpengsan jak menunggu.

start dari ctu mula la kehidupan d hopital tu. nasib baik la nurse baik2, cun2. hahahhahahha..terubat jugak la ckit. sudah 2hari duk dalam wad, baru la berkenal2 ngan mmber2 yang sesakit dngan aku, tp dorg ngan penyakit masing2 la. best gak klu dingat masa tinggal d hospital tu, kami yang muda dan sebaya2 ni, selalu lepak sama2. kami selalu kutuk pengawal pompuan, 2 org, dorg ni kerjanya menghalau pelawat2 klu dah abis masa melawat, dialog dorg sama jak setiap kali masuk wad tu, "minta maaf ya, abis sudah masa melawat", dan yang paling kami ketawa, meke up pengawal tu, kalah artis, perhhgg!!!, eye shadownya 2kaler...hahahahaha.

dan pernah 1 hari tu, mak bapak ku balik awal bab mau g ambik adik ku balik sekolah, masa tu, mau magrib sudah, masa melawat pun mau abis sudah, aku baru pas mandi kesejukan, ada 1 group pelawat pak cik yang 1 wad ngan aku, masa aku tahan kesejukan tu, aku tgok la dorg tu, tiba2, akak(anak pak cik yang jaga pak cik tu) tunjuk aku, n pas tu xlama, mak cik tu trus datang g tempat ku, mak cik tu cakap, "sabar ya nak, mudah2an kau cepat baik", n masik tu datg dekat sama aku, n dia cium dahi ku, terkejut aku, mau menangis pun ada jugak, aku xkenal pun mak cik n keluarganya tu, tp dorang perihatin n doakan kesihatan ku. terharu tul aku masa tu. tu la antara kemanisan yang aku rasa masa aku dihospital.

1 minggu aku dtahan dalam wad, pastu aku dah boleh balik rumah. xbanyak perbezaan yang aku rasa masa kuar dari hospital tu, tp AlhamduliLLAH pelan-pelan sampai la skarang ni aku dah rasa ok balik, meneruskan perjuangan yang tertangguh, xpernah ptus makan ubat sampai la hari ni, tiap2 minggu kena g hospital tuk ambik ubat.

1 comment:

Studentslife said...

alhmdllah ko da sehat bedi..