Wednesday, November 3, 2010

hari2 terakhir tahun ke 22...

assalamualaikum...

fuh!!hari ni 03.11.2010, 2hari lg ataupun xsmpai 2hari, umur dah melangkah ke angka yg lagi besar. walaupun masi muda, tp tetp semakin tua...hahahahaha..

banyak benda mau cerita ni, tapi xtau camana mau setat..perkembangan study dulu la.
AlhamduliLLAH, tinggal beberapa hari lagi tuk jaga booth degree show, dari 27.10.2010 hari tu setat final, display semua hasil2 final projek, kami seramai lebih daripada 20 org dengan tajuk masing2, aku wat pasal unisel, aku hasilakan logo baru untuk unisel, dan mengetghkan konsep yang baru untuk unisel. alhamduliLLAH, untuk penilaian sendiri, aku berpuas hati dengan apa yang aku hasilkan untuk final. walaupaun xda la se'gempak' daripada yang gempak2. tp yang sedihnya, sem ni aku ambik 2 subjek, tp malang, final projek tuk subjek tu xsempat mau kasi siap, jd, terus terang lagi berlampu, fail lg la. sem depan ada ruang dan peluang, ambik lg.huhuhuhuhuhu.

pasal family lak, ni yang sedih ni mau cerita..huhuhuhu..banyak masalah yang jadi selama aku sambung belajar balik lepas aku sakit hari tu. kesian mak ku. macam2 yang jadi, sampai dia rasa bersalah atas suma yang jadi. ni kes abg2 ku la ni, macam2 hal, klu dorg tu adik2 ku, sudah ku ketuk2 kepala dorg, tp ni abg, mau wat camana, aku diam jak la, dan yang termampu, tenangkan mak ku jak la, tu pun setakat bercakp d talipon la. xpa, tunggu aku balik ya mak, kita kasi settle 1 1.. ceh, bajet hero negara lagi aku ni. tp tu la yang sepatutnya aku wat, klu bukan aku, sapa lg kan, xkan adik ku lak, klu adik ku yang berusaha kasi settle, aku diam2 jak, maknanya aku pun wat hal la..hehe.

pasal pasangn hidup, erm, alhamduliLLAH, dah ada yang mau "in relationship" ngan aku, orgnya comel, kacukan melayu cina. asalnya dari pantai timur, aku xpernah sampai pantai timur lagi, tp dah dapt awek pantai timur. camana bleh dapt???neh, tu la, ni facebook la ni punya pasal, aku kenal dia ni dari kawanku punya exGF punya kawan kamceng. 1st2 tu aku bertujuan mau jd penyiasat, punya la selidik ex kawan ku ni, sampai mngaku ada pa pa sama kawan ku, last2 terbekenan plak ngan kawan ex kawan ku ni. apa lg, mulakan la langkah. akhirnya dapt pun approval, selepah 6bulan me'request'. hahahahaha...

dan 1 lg, pasal masa depan, banyak jugak ni perancanagn masa depan, walaupun blum habis lagi. yala, sem depan ambik 1 atau 2 subjek jak lg, xkan goyang kaki jak mngharap duit mak bapak, kena la cari duit sendiri, sekurang2nya mngurangkan beban dorg, lagipun sekarang dah ada motor sendiri, kena bayar ansuran tiap2 bulan, minyak lg, dah la pakai 3 minyak, minyak petrol, minyak 4T, dan 1 lg minyak 2T. walaupun sakit menjaga, tp kepuasan memakai mmg berbaloi2, smart pun smart, laju pun laju. boleh sampai 190KM/J tu, klu bikin skit, bleh sampai 200KM/J.insyaALLAH la, masuk sem depan, kena cari kerja yg bleh kasi duit lebih cikit.

Tuesday, August 31, 2010

Peristiwa berdarah 2.

salam merdeka, tadi g la berjalan ngan member rumah, atas dasar semangat kemerdekaan, kuar la jugak sebagai bukti, daripada duduk jak di rumah xda perasaan...mau jalan ngan awek tengok bunga api, awek la plak xda, klu ada pun, jauh la plak teetttttttt!!!..

ops!!!lari tajuk sudah ni, len kali baru cerita pasal awek ya, sebenarnya mau crita pasal sambungan peristiwa berdarah sblom ni. antara aku dengan hospital. camana aku masuk hospital. ok, mainkan dulu lagu dbawah ni.


Masa aku dah sampai tawau, perut ku masi lagi xdapt terima makann, masi jugak makan, dan kuarkan balik makann tu. jadi, sebelum g hospital, mak bapak ku bawak aku g jumpa ngan sorg nenek ni, xjauh dari rumah ku. masa tu kami g malam. nek tu ckp, keadaan ku masa tu teruk dah, perut dah naik sedikit dari kedudukan sebenar, kena urut tuk kasi balik d tempatnya.

besoknya kami datg lg umah nenek tu tuk mula berurut, perhggg!!! punya la sakit masa kena urut tu, mngalir air mata ku menahan kesakitan, tp sebab mau baik balik, terpaksa gak la tahan. 3hari nenek tu urut, sampai la kedudukan perut ku balik macam sedia kala. dan akhirnya aku bleh makan dah mcm biasa.

tapi, batuk berdarah ku masi macam biasa, sampai 1 hari tu, mak ku xtahan dah tengok aku selalu batuk berdarah, mak ku bawak la aku g hospital, g wad kecemasan, masuk dalam bilik tu jumpa ngan sorg doktor ni, muda lagi, lelaki, lewat 20-an. dia suh aku duduk, n dia bediri, dia g ambik mask(penutup mulut dan hidung tu), ok la g la, tp bleh lak dia berenti, pastu borak ngan kawannya, ketawa2 plak tu, yg xtahan, dia dah duduk balik, hpnya bunyi, ada msj masuk, dia buka hp, n senyum2 pastu bleh balas lak msj tu, panas tul la. aku pun apa lg, sound la doktor tu,balas SMS ka?, A'ah, napa?, bloleh plak doktor tu tnya gitu, aku pun balas la balik, "Ai, ni kan wad kecemasan". Doktor tu pun diam, n mula la buat kerjanya. tanya itu ini, n suh aku g X-ray. dan ambik darah.

Lepas dari X-ray, dia cakap xda apa, dia bagi resit ubat, n dia ckp bleh balik.minggu depan datg balik, tgok keputusan camana. pas ambik ubat, dapt ubat yg lebih kurang cam aku dapat masa g hospital d s.alam hari tu. kecuali xda ubat batuk, pelik betul, terang2 aku batuk, dia xbagi plak ubat batuk. mungkin doktor tu ingat aku ni penagih kali, bab masa tu aku berambut panjang, pakai baju buruk, seluar pun sama jugak, pendek plak tu(tp yg 3rd quarter tu, seluar futsal). bab tu la dia ingat aku ni penagih, kurang ajar tul doktor tu. tp xpa la, aku peduli apa. yang penting aku puas hati, dah sound doktor xda tauliah tu. **DOH punya doktor!!!

lepas seminggu, aku balik la g hospital, pastu tanya la pasal keputusan yang d janjikan, sekalinya, dorg kat ctu ckp, laporan ku xda, n aku kena wat sekali lagi..pergh!!! panas tul aku masa tu. xda kekuatan tuk wat pa pa, masa tu mmg aku dah lemah betul sudah, hampir 2minggu darah keluar. badan pun pucat sudah, tabah jugak la, wat lagi sekali ujian darah n X-ray.

masa tunggu giliran tuk ambil darah darah tu, aku terfikir pasal final ku n Majlis anugerah Cinemini. masa tu, aku dah konferm xkan dapt terlibat tuk final, n cinemini tu. mengalir air mata jugak la air mata masa tu, xsangka betul aku terlepas benda2 tu.

Lepas dah ambil darah, n X-ray, Doktor ckp, aku kena tahan dalam wad dulu tuk pemerhatian. hari tu jugak aku terus masuk wad. dari jam 9.00a.m aku dihospital tu, sampai la jam 2.30 baru masuk wad, nasib baik aku xpengsan jak menunggu.

start dari ctu mula la kehidupan d hopital tu. nasib baik la nurse baik2, cun2. hahahhahahha..terubat jugak la ckit. sudah 2hari duk dalam wad, baru la berkenal2 ngan mmber2 yang sesakit dngan aku, tp dorg ngan penyakit masing2 la. best gak klu dingat masa tinggal d hospital tu, kami yang muda dan sebaya2 ni, selalu lepak sama2. kami selalu kutuk pengawal pompuan, 2 org, dorg ni kerjanya menghalau pelawat2 klu dah abis masa melawat, dialog dorg sama jak setiap kali masuk wad tu, "minta maaf ya, abis sudah masa melawat", dan yang paling kami ketawa, meke up pengawal tu, kalah artis, perhhgg!!!, eye shadownya 2kaler...hahahahaha.

dan pernah 1 hari tu, mak bapak ku balik awal bab mau g ambik adik ku balik sekolah, masa tu, mau magrib sudah, masa melawat pun mau abis sudah, aku baru pas mandi kesejukan, ada 1 group pelawat pak cik yang 1 wad ngan aku, masa aku tahan kesejukan tu, aku tgok la dorg tu, tiba2, akak(anak pak cik yang jaga pak cik tu) tunjuk aku, n pas tu xlama, mak cik tu trus datang g tempat ku, mak cik tu cakap, "sabar ya nak, mudah2an kau cepat baik", n masik tu datg dekat sama aku, n dia cium dahi ku, terkejut aku, mau menangis pun ada jugak, aku xkenal pun mak cik n keluarganya tu, tp dorang perihatin n doakan kesihatan ku. terharu tul aku masa tu. tu la antara kemanisan yang aku rasa masa aku dihospital.

1 minggu aku dtahan dalam wad, pastu aku dah boleh balik rumah. xbanyak perbezaan yang aku rasa masa kuar dari hospital tu, tp AlhamduliLLAH pelan-pelan sampai la skarang ni aku dah rasa ok balik, meneruskan perjuangan yang tertangguh, xpernah ptus makan ubat sampai la hari ni, tiap2 minggu kena g hospital tuk ambik ubat.

Sunday, August 29, 2010

Peristiwa berdarah 1

Peristiwa berdarah ni aku mau cerita dari awal pasal sakit batuk berdarah ku yang aku kena masa bulan 4 tu ari...panjang ni, jd klu xmau boring, play la lagu dibawah ni, lagu tema masa aku sakit hari tu...hehe


07.04.2010(rabu)
hari ni macam biasa, bagun awal(sebenarnya lambat sudah) tuk g kelas, kelas 8.30a.m, 8.30 jugak baru bangun untuk acara mandi bergilir2 dengan 5 org housemate lain merangkap classmate jugak untuk bersap mau g kelas. xda yang ganjil, suma cam biasa. g kelas, lect dtg lambat, sempat lg berposing dlm kelas bab mmber ambil gambar. last2 lect masuk, kejap jak, pastu dia g meeting, kami pun balik, sblom balik umah, g sarapan dulu, sampai umah, trus sambung tido balik...dpendekkan cerita yg dah panjang ni, malam pun tiba...pagi nnt ada match bola, liga2 juara eropah, MAN.U vs Bayern Munich.jam 2.45a.m.

08.04.2010(khamis)
Awal pagi, jam 1.00-1.30a.m sudah tiba d kedai mamak(india muslim) mau tgok bola la ni jam 2.45a.m start. masa ni pun xda rasa apa2, macam biasa, macha(mamak yg ambik oder) datg, "kasi bandung cincau satu, n roti nan berserta ayam tanduri satu"..pergh!!bleh tahan, makan ayam tamduri, biasa la, PAMA baru jak krim duit, kaya la..hehehe..pas game abis, keputusan sngat mengembirakan, MAN.U kalah, hahahahahaha, sukanya hati(masa ni xtau lg, BARCELONA pun kalah minggu depannya).

setibanya drumah, dalam jam 5.00a.m gtu, baru la terasa cam pelik jak tekat, aku ingat sebab aku makan ayam tanduri sblom tu...n masa aku batuk, aku rasa dlam mulut ku ada benda cair, ingatkan kahak, sekalinya aku meludah, cecair warna merah, xmacam kahak, mmg darah betul, aku pun tersezut(terkejut) gak, pastu aku batuk dan batuk lg, dan darah pun kuar lagi dan lagi masa tu..pergh!!member umah suma pun tersezut gak, n dorg ajak g hospital, 1st tu aku xmau la g, tp xberhenti2 lak batuk n berdarah tu. jadi, g la hospital.

dal jam 6.00a.m sampai hospital, punya la lama mnunggu masa tu, dalam 7.30a.m baru la dapt jumpa doktor, doktor tu ckp, xda pa pa, dia bagi ubat cam penadol 1, ubat tuk cair kan kahak(sebenarnya manada kahak,bodoh tul doktor tu) n ubat batuk 1 botol...balik n aku pun makan la ubat cam yg dsuruh.

pagi tu, dalam jam 8.30-9.00a.m, g kelas, aku rasa cam biasa jak, dalam kepala fikir "ubat tu berkesan la", tp.....jeng jeng jeng, malam tu, aku batuk lagi, n darah pun kuar lagi dan lagi, lebih banyak darah kuar dari yg sblom ni..pergh!! aku ingat aku mau mati dah masa tu. dan masa tu jugak la, aku dah start xbleh terima makann. asalakan aku makan jak, mesti akan kuar balik apa yg aku makan tu..

09.04.2010(jumaat)
Pagi tu xda kelas, jumaat mmg xda kelas, jd lepak umah jak, kelaparan, klu makan, kuar balik, tp aku paksa gak, walaupun aku tau, mesti kuar balik..tgah ahari tu, membar ajak balik kg nya, mau try ubat cara kg..dia ckp, ada ustad pandai ubat sakit2 gni...mlam pas magrib, kami pun gerak la g kg mmber tu, felda besouth, perak. dalam 2jam la perjalanan dari s.alam. sampai umah mmber tu, ayah dia ckp, ustad tu xda, kena tunggu esok. jadi nak xnak, aku kena bermalam la d umah mmber tu..nasib bek la mak ayah mmber tu baik hati, masa aku d rumah tu, dorg la yg jaga aku.

10.04.2010(sabtu)
Tgh Hari. Lepas jumpa ustaz tu, ustaz tu bg air penawar. dia suh minum. jadi pas tu kami pun balik s.alam. dan sepanjang masa tu jugak la aku batuk berdarah tu, makan xbleh, badan mmg lemah. Petang tu, abg sepupu yg tinggal d subang tau aku sakit, dia pun datang ambik aku, n bawak aku p rumahnya, n dia pun ikhtiar cari org yg bleh rawat aku.mas ni, aku ingat umur ku xpanjang dah, bab banyak dah darah yg kuar, tp xda pun makanan yg masuk. malam tu aku tido drumah abg tu.

11.04.2010
Dah puas abg ku cari org yg bleh tolong rawat aku, tp xdapt, n masa tu mak bapak ku risau dah d kg. masa tu mak ku risau dah, balik2 tepon tnya perkembangan. n dia ckp dia mau datg s.alam jumpa aku n jaga aku. aku ckp xpayah la dtg, baba klu beli tiket n terbang dlm masa terdekat, koferm mahal, tp amk ku mau dtg jugak, jd aku ckp, klu ada duit, biar aku la yg balik tawau, dalam kepala "klu jadi apa-apa ngan aku pasni, sekurang2nya aku sudah jumpa family ku". dan masa tu trus mak ku belikan aku tiket balik tawau.

12.04.2010
Flight ku jam 2.30p.m, sampai jak d airport, aku terus g tandas, batuk berdarah lg. pas dari tu, g la chek in. dah masuk kapal, n kapal pun dah terbang, sekali lg, aku batuk berdarah. punya lama aku dalam tandas masa tu, sampai 4-5 kali org ketuk pintu tandas tu.

sampai jak d airport tawau, mak, bapak, n adik2 ku tnggu dah d luar. punya la gembira, lupa dah yg aku balik sebab aku sakit. sampai drumah, adik beradik yg len pun tunggu aku. masa tu, mmg aku lupa dah yg aku sakit, becerita n beketawa2 ngan adik2 ku yg lain..

tp xlama, malam jak, aku dah start batuk lagi, dan berdarah lagi. masa tu, yang aku xboleh tahan, mak ku menangis2 tengok aku, dia xbleh tgok darah, jd, ayah ku yang datg peluk aku masa tu. pas jak aku berenti batuk, mak ku pun datang sama aku, dia peluk aku, menangis2, masa tu aku pun takut gak, klu2 umur xpanjang, xdapt la aku tunaikan apa yg aku janji sama diri ku sendiri tuk balas jasa mak bapak, n jaga adik2 ku.

AlhamduliLLAH, sekarang ni, hari ni, aku dah sihat cam biasa, tp aku masi lg kena makan ubat yg hospital bagi, tiap2 minggu kena g ambik ubat d hospital. ada lagi cerita peristiwa berdarah ni, masa aku masuk hospital. tp dalam post yg seterusnya aku cerita.

Saturday, August 28, 2010

i'm back...

play dulu sblom baca,



Cehh!!im back konok, ari tu pun kembali jugak, pastu hilang lg..hehehe..bukan apa, sibuk, xda masa mau tulis dalam blog ni...banyak benda ni mau dicerita, macam2 yang jadi selama aku xmenulis dalam blog ni...ada yang best, yang xbest, tp ada gak yg best dalm yg xbest..nnt aku crita satu persatu dlm post2 yg mendatang..hehe..

untuk kali ni, aku mau ringkaskan jak dulu apa yg aku mau cerita nnt pasal yg telah berlaku seblom ni n sedang berlaku skrg ni...sekarang ni dulu, nnt kita imbas kembali apa yg jd sbelom ni...

aku baru jak abis menjalani Latihan industri atau pun bahasa yg org guna praktikal, klu kasitau mak ku yg aku ni baru jak abis latihan industri, konfem dia xfaham, yg mak ku tau praktikal jak..hehehe..sama la tu...8minggu praktikal, pasni aku kena masuk kelas balik tuk habiskan final semester ni..member2 1 batch suma dah abis, dorg wat final sem lepas, tp aku xdapat wat final dngan dorg sekali.. last2 minit, lg sebulan mau final, aku sakit la pulak, teruk jugak la, batuk berdarah, trpaksala extent dulu dan dibawa la ke semester ni. kira nasib baik jugak la, fakulti kasi aku kelonggaran tuk buat praktikal dalam semester yang sama aku wat final jugak, jd, xda la aku mmbazir masa..

minggu depan dah kena masuk kelas balik, kena wat aisemen, sambung projek final ku yg bertangguh dari sem lepas, n insyaALLAH, klu ada rezeki, tempat aku praktikal tu mau ambil aku kerja part time, sambil aku blajar ni, kena gak g kerja, cari duit lebih tuk menaggung kos hidup dsini..lgpun skrg dah ada motor sendiri, tiap2 bulan kena bayar ansuran. xkan mau harapkan PAMA lg..kesian dorg..

dan, 1 lagi, sebelum aku sakit hari tu, sempat la jugak berkenalan ngan sorg amoi ni, aku kenal dalam fbook, start dari berbalas comment n gambar(dalam format pantun), berchating d fbook, berYM, dapt no tepon, berSMS la lak, pas tu Call..n sampai sekarg, dah berWC..hampir setgh tahun jugak la kenal dlam ruang maya, tp xpernah jumpa lg...hahaha..insyaALLAH, klu ada jodoh, dah jumpa nnt, ada la perkembangan baru..

ok la, stakat ni dulu ya, nnt aku crita 1 1 secara detail yg boleh...

lagu punya pasal...

mau 2 jam aku cari cara cam mana mau kasi masuk lgu dalam blog ku ni, supaya org buka blog ni, xda la boring, sambil2 baca apa yang aku tulis dalam ni dapt la cengar2 lagu gak..erm, akhirnya aku dapt la jugak, tp xsemacam yg aku mahu, yg kau mau lagu yang tiap2 kali org buka blog ku ni, lagu tu men automatik, tp yg ni pun kira ok la jugak daripada xdapat apa2...len kali aku try cari lg cara tuk pasang lagu tu...tuk percubaan pertama ni, dngar jak la lagu ni...

Friday, March 12, 2010

gerakan solo...

boleh gila jugak ni klu dfikir pasal status skrg ni, ada best ngan yang xbest...tp kadang2 yg best tu pun bleh jdi xbest jugak, er, xtau la mungkin dulu sudah biasa ada yg take care walaupun agak terkongkong, tp tu la yg bestnya masa tu. tp sekrg xsudah terasa terkongkong, tp ttp jugak x best, kadang2 tu bosan tul, tgok mmber layan awek, panas jak rasa...hahahaha, apa bleh wat la, skrg ni, klu boring tul aku men tu rubix cube, aku selesaikan la berapa kali yg aku suka, sampai la hilang bosan. kdang2 lepak sama mmber2 p minum2..er, kenapa xmiskin, abis duit di kedai mamak. tp ada kadang2 tu plak, tension tiba2, layan la lagu2 persaan, pergh!!!punya la d dalam ni mau pecah klu ingat apa yg dulu ada dan skrg xda. erm, cobaan. skrg ni aku pun xtau apa yg jadi pasni, ada org baru atau pun tunggu la betul2 ready sudah baru cari yg baru. tp tu la, boring tul hidup gini ni...hahaha, cam kemaruk la pulak, tp betul la, bukan apa, kadang2 hidup ni kena ada yg kawal n take care, mmg la mak ayah ada, adak bradik ada, tp sudah fitrah manusia begitu kan, mahu ada pasangan masing2, pasangn yg sentiasa ambil berat. begitu la jugak aku. erm, klu ada nnt ada la tu, aku mau cari baru pun aku xpandai la plak mau ngorat2 ni.hahahahaha, klu ada exam, konferm gagal ni bab. apa yang aku bleh, cuba tuk jadi org yang baik tuk pasangan ku, sapa2 la nnt.hahaha

aku lemah tanpa kamu...

betuli diri cuma...

Friday, March 5, 2010

cerita cinta...

ada cinta yan lebih best dari apa yang kita pernah byangkan, kebnyakan org mmbayangkan cinta pada si dia yang sangat la istimewa. xda sudah yang lebih baik dari si dia yang dicintai. pergh!!! blum ada pa pa hubungan kuarga sudah sanggup merenangi lautan api konon demi si dia, last2 berenang, mati hangus, si dia releks2 cari lain.

ada cinta yang lg best, aku cuba critakan dngan cara terbaik yang aku termampu.

baru2 ni, aku balik dari kelas, aku turun dari kereta, aku tengok ada 3 org budak, 2org lelaki elok memakai baju sekolah agama, bersampin hijau dan bersongok, dan 1 org budak pompuan berbaju kurung putih kain hijau sama mcm yg 2 org lelaki td, dorng sama2 mau g sekolah agama. mungkin dorg adik beradik, umur mungkin xjauh beza, sorg lelaki yg paling adik mungkin dalm darjah 1, dan sorg lg paling abg mungkin dlm darjah 3, dan yg pompuan tu yg tgh2 dalm darjah 2, mengikut saiz badan dorg. masa dorg berjalan tu, c adik berjalan ddepan dan kakak dan abgnya sedikit ketinggalan dbelakang, yang bestnya, c adik releks berlari dan melompat dlm berjalan sebab dia xbawak pa pa, beg pun x, c kakak balik2 macm mau tangkap c adik ni supaya jgn terlalu asyik, tkut terjadi apa2, dan si abg d belakang sekali slow jak pergerakannya, sebab sudah la dia bawak beg skolahnya, beg si adik pun dia bawak, patut la ada yg releks didepan. sampai snget2 songkok si abg mahu kasi seimbang badannya, sebab beg si adik tu dia pegang sebelah tangan. respek sama si abg yg betul2 seorang abg.

pastu ada crita dlm tv3, skrg masi main lg, Na O Mei, isnin - khamis, 6.30ptg. ada antara hubungan yng ada dlam drama tu sangat mnyentuh perasaan ku, org lain xtau la...
hubungan antara rima ngan liya..dorang ni 2 2 pompuan, dorg bekawan. klu tgok, watak c rima ni mmg best la, sebab dia sayg betul ngan si liya. cliya ni kira watak utama jugak la dlam crita ni, sebab dia ada kaitan ngan na o mei. jd nak d jadikan crita dia ni banyak masalah. dia ni kira watak ppuan yg nakal jugak la, 1 masa tu dia sakit, jd dia g la beubat ngan mak bidan, jd c rima ni pun g la teman kan dia. masa berubat tu, sepanjang c liya ni berubat, c rima ni la yg jaga c liya ni, dia kasi suap makn, kasi mandi, tolong uruskankan makan minum, pakai c liya la kiranya ni. sampai satu masa ni, c liya ni makin truk, sampai d bawa la c liya ni p hospital, menangis-nangis c rima ni sebab kawnnya dah tenat sngat. aku tgok pun mau mnangis jugak. punya la c rima ni syg ngan kwnnya. kan best klu ada kawn mcm gitu, ataupun kita sendiri ni yang jd cam c rima.

ni la antara crita cinta yang aku terpaut skrg ni...aku cuba mnjadi sesuatu yang baik pada pandngn mata ku, tp xtau apa yg berlaku nnt ddepan mata org sekeliling...

membetuli diri cuma...